Dihina Seperti Binatang, Ibu Aliff Aziz Tenang Layan Netizen
Lama menyepi selepas Instagram miliknya dinyahaktifkan, ibu kepada pelakon sensasi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza dilihat memuat naik perkongsian terbaru di media sosial miliknya itu sejak minggu lalu.
Terbaru, ibu Aliff dilihat ada memuat naik mesej kecaman terima daripada netizen yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anak serta keluarganya.
BACA: “Hati Tenang Itu Sangat Mahal” – Ibu Aliff Aziz Muncul Kembali, Panjat Rasa Syukur
Bukan itu saja, individu tersebut turut menghinanya seperti binatang serta menuduh anak lelakinya itu dijangkiti penyakit HIV.
Bagaimanapun Hafiza dilihat tidak meleting dengan mesej diterimanya itu sebaliknya membalas dengan ucapan syukur dan mendoakan buat individu berkenaan.
“Alhamdulillah teruskanlah jika ini membuat anda bahagia ya kami tetap du’akan Allah berkati anda sekeluarga. Salam buat ibu dan ayah anda kerana pastinya mereka akan merasa sedih jika membaca kata-kata anda ini.
“Saya yakin mereka adalah insan-insan yang baik subhanallah. Mudah mudahan di padang mahsyar kelak apabila di depan Allah orang yang anda sanjung-sanjung tanpa mengenal siapa dia sebenarnya dan bersungguh memaki hamun kami hanya untuk memuaskan hati anda… DIA akan dapat membantu anda Inshaa Allah,” tulisnya.
Pada 13 Jun lalu, Aliff Aziz dan Bella Astillah sah bercerai talak satu. Aliff turut menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada bekas isterinya dan Bella tidak menuntut mutaah serta harta sepencarian.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source