Harus beri orang bukan Islam makan daging korban
PETALING JAYA – Harus hukumnya bagi orang bukan Islam makan daging korban dan ia termasuk dalam salah satu bentuk dakwah.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, terdapat dalil daripada al-Quran agar berbuat baik kepada orang bukan Islam yang mana Allah SWT berfirman dalam surah al-Mumtahanah ayat lapan.
“Ia bermaksud, Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil’.
“Justeru, semoga dengan apa yang dipamerkan oleh orang Islam akan meresap ke dalam hatinya seterusnya membentuk keperibadian yang mulia,” katanya pada hantaran di Facebook.
Beliau berkata demikian memberi penerangan berhubung soalan daripada pengirim mengenai program korban yang dilaksanakan di sebuah perkampungan di Kemboja serta dihadiri seorang gabenor bukan beragama Islam.
Gabenor tersebut datang secara mengejut dan pihak mereka mempelawanya untuk makan daging korban yang telah dimasak.
Zulkifli berkata, pihaknya berpendapat isu tersebut hendaklah dilihat dari sudut maslahah dan juga siyasah syariyyah supaya ia lebih harmoni dalam masyarakat.
“Di samping itu menjadi senjata dakwah yang paling ampuh kepada masyarakat yang bukan Islam.
“Kami katakan di sini sekiranya di dalam komuniti masyarakat Islam di sesuatu tempat terdapat jiran-jiran mereka yang bukan Islam dan mereka itu dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan masyarakat setempat, jika terdapat lebihan daripada hasil korban maka dibolehkan untuk diberikan kepada mereka.
“Namun jika hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source