Belgium terlalu kuat buat Romania
COLOGNE – Persaingan Kumpulan E Euro 2024 makin menarik selepas Belgium berjaya menewaskan Romania 2-0 pada aksi kedua, sebentar tadi.
Selepas dua perlawanan, kesemua empat pasukan, Romania, Belgium, Ukraine dan Slovakia berkongsi tiga mata dan slot ke pusingan kalah mati hanya akan dapat ditentukan pada perlawanan terakhir, Rabu ini.
Terdahulu, Youri Tielemans yang kembali berada dalam kesebelasan utama segera membalas kepercayaan pengurus pasukan, Domenico Tedesco apabila hanya memerlukan tempoh 75 saat untuk membuka jaringan sekaligus memastikan permulaan cemerlang buat Belgium pada perlawanan kali ini.
Jaringan awal itu jadi jurang pemisah buat kedua-dua pasukan, menyaksikan Belgium berjaya mendominasi aksi di babak pertama dan dilihat begitu selesa dalam setiap gerakan diatur.
Walaupun ada beberapa gerakan menarik, Romania seakan berdepan kesukaran untuk menandingi kesungguhan Belgium dan dilihat tidak mampu mengawal bola dengan lebih lama berbanding The Red Devils.
Selepas dua jaringannya dibatalkan pada perlawanan pertama, Video Bantuan Pengadil (VAR) terus menghadirkan kekecewaan buat Romelu Lukaku, sekali lagi gol dihasilkannya tidak dikira selepas dikesan berada di kedudukan offside.
Bagaimanapun, sepakan jauh penjaga gol Belgium, Koen Casteels berjaya membuka ruang kepada Kevin De Bruyne untuk meledak gol kedua pasukannya dan jaringan itu jelas merencatkan kebangkitan yang cuba dijelmakan oleh Romania. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source