“Baju Sukan Sekolah Mana Ni?” – Ramai Kecewa Lihat Baju Rasmi Skuad Olimpik Malaysia, Didakwa Rekaan Hanya ‘Ala Kadar’
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini telah melancarkan uniform rasmi atlet Malaysia yang akan beraksi dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama sahaja lagi.
Namun begitu, pelancaran baju rasmi itu tidak diterima baik peminat sukan tempatan gara-gara rekaannya yang dikatakan ‘sekadar ada’ dan tidak menarik seperti rekaan sebelum ini.
Official attire of Malaysia contingent for Olympic Paris 2024 by Yonex Sunrise Malaysia
📷 olympicMAS pic.twitter.com/4gHo7X0klH
— 🥇🥇🥈🥈 (@AayuniAli) June 23, 2024
Jika dulu, baju sukan serta uniform rasmi atlet direka dengan corak cakaran harimau yang sudah sinonim dalam acara-acara rasmi seperti Olimpik dan sebagainya.
Malah, netizen juga tampil mempertikaikan keputusan MOM memperkenal baju-baju rasmi tersebut dengan patung berbanding menggunakan atlet itu sendiri sebagai model.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, beliau menegaskan pihak mereka tidak bertanggungjawab dalam rekaan baju tersebut sebaliknya semua keputusan adalah milik MOM yang dilaporkan ada bekerjasama dengan jenama sukan Yonnex.
Meninjau ruangan komen portal-portal yang menerbitkan berita pengenalan baju tersebut, ramai yang meninggalkan komen berbau kekecewaan tidak puas hati.
Kesian atlet negara. Olimpik bukan seramai Asian Games, tak boleh ke buat premium?
Yg jaket tu akan pakai waktu naik podium kan? Maybe jaket tu hitam je sbb nanti nak highlightkan gold medal olympic yg tergantung dekat leher atlet MAS. Done husnuzon.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source