Menang Saman Fitnah, Aliff Syukri Nak Saman Balik Bekas PA
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur menang saman fitnah yang difailkan oleh isterinya, Datin Seri Nur Shahida terhadap bekas pembantu peribadi mereka, Melati Abdul Ghani.
“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”
Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di…
Menerusi perkongsian di Insta Story, Aliff berkata dia akan memfailakn satu saman baru terhadap pihak yang memfitnahnya.
BACA: Aliff Syukri Dipuji Jual Durian RM8 Sekilo
“Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya. Bukan seorang, bukan dua orang tetapi ramai pihak cuba nak kenakan saya Konon nak saman saya tetapi berbalik kepada muka mereka semula. Ingat saya sudah menang dan saya akan saman balik!” katanya.
Sementara itu, Aliff berkata pihaknya akan tu sedang dalam memulakan proses saman kepada bekas pekerjanya itu dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000.
“Tunggu surat saman dari saya, bukan RM5,000 atau RM10,000 tetapi lebih setengah juta saya akan tuntut. Hakim maha adil serta bijaksana. Alhamdulillah kemenangan di pihak saya,” katanya.
Dalam pada itu, memetik mStar Online, peguam yang mewakili Aliff dan isteri memaklumkan kes anak guamnya akan bersambung pada Jumaat ini.
Menurutnya, tindakan itu dilakukan untuk memberi pengajaran kepada Melati serta berharap wanita itu mendapat hukuman yang setimpal.
“Kami akan teruskan tindakan penghinaan perintah mahkamah oleh Melati dan akan dipanggil semula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam ini secara fizikal pada Jumaat ini. Perintah ex parte untuk mengkomitkan Melati ke penjara sudah diberikan,” katanya.
Terdahulu, pada 29 Mei lalu Melati atau lebih dikenali sebagai Mel tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shahida di atas fitnah dilemparkannya lima tahun lalu.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source