Euro 2024: Percaturan gila Sepanyol berhasil
DUSSELDORF – Pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente menyeru agar barisan pemain tidak mendabik dada selepas pasukannya mengekalkan rekod bersih dengan menewaskan Albania 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan B saingan Euro 2024 awal pagi semalam.
Pada aksi tersebut, skuad La Roja mempamerkan aksi sempurna apabila meraih gol awal menerusi Ferran Torres selain memastikan gawang tidak dibolosi langsung sepanjang tiga aksi peringkat kumpulan kali ini.
Menurut La Fuente, prestasi cemerlang yang dipamerkan sejak tiga perlawanan lepas sudah pasti membuka mata ramai pihak bahawa Sepanyol antara pilihan utama untuk muncul juara pada kempen kali ini.
“Sudah pasti impian pasukan untuk menamatkan penantian 12 tahun kejuaraan Euro semakin menyala selepas pamerkan prestasi konsisten sejak tiga aksi lepas. Namun, saya mahu pemain kekal merendah diri kerana apa sahaja boleh berlakui di peringkat kalah mati.
“Malah, kita juga sedikit bernasib baik kerana Albania mampu memberikan cabaran sengit dengan pujian wajar diberikan kepada benteng pertahanan yang kekal ampuh memastikan gawang tidak dibolosi,” katanya.
Sementara itu, La Fuente mengakui gembira apabila percaturan untuk merombak kesebelasan utama agak menjadi dengan 10 pemain yang jarang mendapat minit permainan diturunkan kali ini.
Antara pemain yang diberi peluang seperti Joselu, Mikel Oyarzabal, Dani Olmo, Ferran Torres dan penjaga gol, David Raya. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source