“Mungkin Mereka Ingat Kita Pakai Tudung Aksesori Saja”
Pelakon Hannah Delisha mendedahkan dia pernah ditawarkan melakonkan watak yang memerlukan dia membuka tudung namun dia menolak secara baik.
“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”
Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di…
Memetik Astro Gempak, Hannah berkata dia memahami produksi tersebut bukan beragama Islam dan dari luar serta mungkin mereka menganggap tudung hanya aksesori.
BACA: “Jumpa Di Syurga Nanti Sayang” – Hannah Delisha Keguguran
“Saya tak salahkan mereka. Sebab mereka bukan orang Muslim. Produksi luar, berlainan bangsa…mereka tak faham. Mungkin mereka ingat pakai tudung ini macam aksesori saja. Mereka tak faham, tapi bila saya beritahu mereka saya tak boleh buka tudung, mereka faham la,” katanya.
Dalam pada itu, Hannah mengakui penampilan berhijab membuatkan dia sukar mendapat watak mencabar yang diimpikan. Namun baginya, tudung tidak menjadi satu isu baginya dalam lakonan.
“Saya suka watak mencabar, tapi saya faham bila dah bertudung ini tak banyak watak yang boleh dapat. Tapi saya cuba la kalau dapat watak yang mencabar, saya tak rasa tudung menjadi satu isu.
“Sebab pada akhirnya, awak nak jadi seorang pelakon, orang nak tengok pada lakonan.. bukan sebab pakai tudung ke tak,” katanya.
SUMBER: Astro Gempak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source