England tepis kritikan, mara ke suku akhir
SCHALKE – Pasukan England mempamerkan semangat juang tinggi untuk mara ke pusingan suku akhir selepas bangkit menyingkirkan Slovakia dengan keputusan 2-1 pada aksi 16 terbaik saingan Euro 2024 sebentar tadi.
Pada perlawanan di Stadium Veltins Arena itu, skuad kendalian Gareth Southgate masih mengekalkan ‘formula’ sama di posisi serangan dengan Harry Kane, Phil Foden, Bukayo Saka dan Jude Bellingham dalam kesebelasan Utama.
Namun, skuad Three Lions dilihat buntu pada awal saingan dalam usaha melakukan beberapa percubaan ke kubu lawan dengan Slovakia bijak memberi ancaman menerusi serangan balas pantas.
Pasukan England yang menduduki ranking ke-4 dunia seperti tergamam apabila dibolosi pada minit ke-25 hasil gerakan cantik serangan Slovakia yang Berjaya disudahkan oleh Ivan Schranz.
Bersambung pada babak kedua, pasukan England menggandakan asakan berjaya meraih gol penyamaan hasil penyudah Foden tetapi dibatalkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana ofsaid.
Finalis edisi 2020 itu terus ghairah dalam usaha memecah kebuntuan dengan peluang terbaik hadir menerusi percubaan Declan Rice tetapi sekadar menggegarkan palang gol.
Ketika England di ambang penyingkiran, Slovakia yang menduduki ranking ke-45 dunia itu akhirnya dibolosi pada masa kecederaan hasil penyudah menarik yang dijaringkan oleh Bellingham untuk mengheret aksi ke masa tambahan.
Tuah terus memihak England pada masa tambahan apabila hanya memerlukan satu minit untuk menjaringkan gol kemenangan hasil tandukan Kane selepas menerima hantaran pemain gentian, Ivan Toney.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat dengan England akan menentang Switzerland di peringkat suku akhir. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source