Sepanyol belasah Georgia untuk ke suku akhir
COLOGNE – Pasukan Sepanyol melangkah ke pentas suku akhir Euro 2024 dengan kemenangan bergaya selepas bangkit membenam Georgia 4-1 pada aksi 16 terbaik sebentar tadi.
Pada aksi di RheinEnergieStadion tersebut, Sepanyol turun dengan aksi cukup agresif selepas melakukan serangan bertubi-tubi ke arah kubu pintu gol Georgia, namun beberapa percubaan tepat skuad La Roja itu berjaya ditepis Giorgi Mamardashvili.
Ketika skuad kendalian Sepanyol, Luis De La Fuente ghairah mencari gol pembukaan, mereka dihukum pada minit ke-19 selepas serangan balas pantas Georgia berjaya menghasil gol berpunca dari hantaran silang Otar Kakabadze yang tertampan kaki pertahanan Sepanyol, Robin Le Normand.
Tertekan dengan situasi itu, Sepanyol mengatur serangan balas dan akhirnya strategi skuad La Roja itu berjaya memecah kebuntuan selepas pemain tengah, Rodri berjaya menjaringkan gol pada minit ke-39.
Bersambung pada babak kedua, juara tiga kali Euro, Sepanyol tidak membiarkan Georgia menguasai perlawanan apabila mereka terus didepan selepas hantaran silang Lamine Yamal disempurnakan dengan baik oleh Fabian Ruiz untuk meletakkan skuad La Roja dengan keputusan 2-1.
Pasukan ranking No. 8 dunia itu terus selesa menempah tiket ke suku akhir apabila pemain tengah Sepanyol, Nico Williams meledak gol pada minit ke-75 untuk mengatasi Mamardashvili.
Sepanyol tidak mengendurkan serangan mereka apabila selang lapan minit jaringan Willimas, giliran Dani Olmo pula meledak gol keempat skuad La Roja sekali gus melangkah ke pentas suku akhir 2024 dengan persembahan luar biasa.
Keputusan 4-1 kekal sehingga ke penghujung perlawanan dan hasil kemenangan tersebut, Sepanyol bakal membawa momentum cemerlang itu ketika berdepan Jerman di pentas suku akhir nanti. -KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source