“Terima Kasih Bimbing I, Dari Seksi Sampai Dah Bertudung”
Pejam celik, semalam genap setahun pelawak Shuib dan Watie Hanifiah mendirikan rumah tangga. Menerusi perkongsian di Instagram, Watie menitipkan ucapan istimewa buat suaminya tercinta.
Menerusi entri itu, Watie mengucapkan terima kasih buat suaminya kerana sentiasa melihat kebaikan dalam dirinya yang serba kekurangan.
BACA: Watie Bingkai Duit Raya RM5,000 Dari Suami, Nak Jadikan Khazanah
Watie turut berterima kasih kepada Shuib kerana sudi menjadi suaminya serta membimbing dirinya dari segei pemakaian yang sebelum ini berpenampilan seksi kepada bertudung.
“Terima kasih selalu puji I cantik walau kadang selalu comot. Terima kasih selalu puji I steri yang baik walau kadang Daddy tak pernah berpeluang dapat merajuk.
“Terima kasih selalu puji I masak sedap walau kadang I suruh Daddy makan telor dengan sambal hitam je. Terima kasih untuk segala kata-kata pujian Daddy yang selalu buat I senyum ketawa dan happy.
“Terima kasih sebab dah buktikan pada I kawin tu memang lagi seronok dari bercinta! Tiada kata yang lebih indah selain kata pujian dari suami tercinta,” tulisnya.
Dalam pada itu, Watie turut menitipkan doa agar Shuib terus menjadi seorang bapa dan suami yang baik sehingga ke akhir hayat.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source