[VIDEO] Bapa mengamuk cikgu gunting rambut anak sebab panjang
PETALING JAYA – Seorang bapa mengamuk di hadapan sekolah agama gara-gara rambut anaknya digunting oleh guru tanpa meminta izinnya.
Guru tersebut berbuat demikian disebabkan pelajar terbabit melanggar peraturan sekolah dengan menyimpan rambut panjang.
“Rambut panjang tak masuk neraka, kau tahu tak? Rasulullah rambut macam mana? Aku tanya kau,” tengking bapa pelajar tersebut sebagai tanda protes dengan tindakan guru terbabit.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular sejak semalam, bapa pelajar berkenaan datang ke sekolah lalu memarahi guru yang terlibat dihadapan anaknya berserta beberapa individu lain.
“Yang kau (guru) usik ini bukan anak binatang, kau tahu? Anak aku, kau faham?,”soalnya.
Dalam pada itu, video tersebut turut mendapat perhatian ramai pihak dan netizen.
Rata-ratanya mengecam tindakan bapa terbabit kerana tidak peka dengan peraturan sekolah yang sememangnya melarang setiap pelajar berambut panjang dan cara pemotongan juga perlu selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan.
“Bapa budak itu tak tahu peraturan sekolah? Anak dia baru pertama kali sekolah kah? Berzaman sekolah larang rambut pelajar panjang. Datang serang macam ini seperti buka aib sendiri,” tegur Ruhaizat.
“Mak bapa macam ini yang buatkan anak jadi teruk, jadi pembuli, kurang ajar dengan guru. Sebab mak bapa ajar anak, dan anak tengok apa yang mak bapa buat dan dia belajar dari pengalaman. Memang kurang ajar cara bapanya,” kata Norshahida. – KOSMO! ONLINE
Ayah mengamok rambut anak kena gunting ngan ustaz. Kat sekolah ada peraturan bang, bukan pasal neraka 😩 pic.twitter.com/okGS0fmcAN
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) July 2, 2024
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source