Belanda terlalu unggul buat Romania
MUNICH – Bumi Jerman terus menghadirkan tuah buat Belanda yang kini mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Euro 2024 selepas menewaskan Romania 3-0 pada aksi 16 terbaik, sebentar tadi.
Walaupun layak ke pusingan kalah mati selaku empat pasukan ketiga terbaik, The Oranje membuktikan mereka memiliki magis tersendiri dan kini kekal bercita-cita menamatkan penantian 36 tahun untuk sekali lagi bergelar juara di bumi Jerman.
Paling mencuri perhatiannya adalah kelibat penyerang Liverpool, Cody Gakpo yang kini berstatus pendahulu penjaring terbanyak kejohanan bersama bintang Jerman, Jamal Musiala, Georges Mikautadze (Georgia) dan Ivan Schranz (Slovakia) dengan mengumpul tiga gol.
Walaupun Belanda memiliki peratusan penguasaan lebih baik, Romania membuktikan yang mereka sebenarnya berhak untuk berada di peringkat ini apabila kekal dengan semangat melawan.
Bagaimanapun, minit ke-20 menyaksikan kualiti individu menjadi jurang pemisah apabila Gakpo pamer kelincahan sebelum melepaskan rembatan yang menghasilkan gol pembukaan perlawanan.
Selepas rembatannya pada mini ke-62 ditepis oleh penjaga gol, Florin Nita, selang seminit selepas itu Gakpo sekali lagi kecewa apabila jaringan keduanya dibatalkan oleh pengadil bertugas, Felix Zwayer kerana dikesan berada di kedudukan offside.
Walaupun Romania terus bekerja keras untuk mencari gol penyamaan, situasi menjadi sebaliknya apabila Belanda berjaya menambah jaringan kedua menerusi Donyell Malen pada minit ke-83.
Berpunca daripada serangan balas pada masa kecederaan, Malen segera mematikan sisa perjuangan Romania apabila meledak gol ketiga Belanda. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source