‘Rat Race’ punca diri tak pernah gembira, bersyukur
PETALING JAYA – Gejala ‘rat race’ boleh menyebabkan seseorang tidak pernah gembira.
Menurut Public Health Malaysia (PHM), ia merujuk kepada persaingan yang tidak berkesudahan dan sangat kompetitif.
Lebih jelas katanya, dalam konteks kehidupan kerja atau karier di mana individu berusaha keras untuk mencapai kejayaan material atau status sosial.
Istilah ini kata PHM, menggambarkan keadaan di mana orang sentiasa bekerja keras dan bersaing untuk mencapai lebih banyak, tetapi jarang merasa puas atau mencapai kebahagiaan sejati.
Ia juga menjadi punca individu tidak akan menghargai atau bersyukur dengan kehidupan yang dimiliki.
“Seorang pelajar yang mendapat CGPA (Purata Nilai Gred Kumulatif) 3.8 tidak gembira kerana seorang lagi pelajar mendapat CGPA 4.
“Pelajar yang mendapat CGPA 4 tidak gembira kerana dia tidak ditempatkan dalam syarikat lanyard hijau.
“Pelajar yang ditempatkan dalam syarikat lanyard hijau tidak gembira kerana rakan sekerjanya mempunyai gaji yang lebih tinggi daripadanya.
“Orang yang mempunyai gaji tertinggi dalam sebuah syarikat tidak gembira kerana dia tidak mempunyai masa langsung untuk menikmati kehidupan dengan rakan-rakan dan keluarga,” tulis PHM di Facebook.
Dalam pada itu, PHM menggesa supaya amalan dan budaya ‘rat race’ itu dihentikan segera.
“Seperti tikus yang berlari di dalam roda, mereka berputar-putar tanpa henti tetapi tidak benar-benar mencapai kemajuan yang bermakna dalam hidup.
“Keluar dari ‘rat race’ untuk kehidupan lebih baik dan tenang,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source