“Nampak Penyayang Dan Lembut Dengan Anak-Anak..” – Video Raya Terakhir Nabil Zamanhuri Undang Sebak Netizen
Satu video menjadi tumpuan warga maya di aplikasi TikTok di mana ia merakamkan momen sambutan hari raya terakhir Allahyarham Nabil Zamanhuri.
Bekas penyanyi dan juga personaliti TV itu sebelum ini dilaporkan meninggal dunia pada bulan Mei yang lalu akibat serangan jantung.
Dalam video tersebut, arwah Nabil dilihat tenang dan lembut melayan kedua-dua orang anaknya dengan penuh kasih sayang.
Video tersebut itu difahamkan dikongsi oleh ibu arwah, Fatimah Abdullah dan menimbulkan perlbagai respon dalam kalangan netizen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mendoakan kesejahteraan Nabil di alam sana dan turut merasa sebak melihatkan video tersebut.
“Lembutnya dia cakap dengan anak-anak..” tulis netizen.
Sebelum ini, Fatimah mengesahkan anaknya itu meninggal dunia kerana serangan jantung berdasarkan hasil siasatan post mortem oleh pihak hospital.
Fatimah juga memaklumkan bahawa ia berkemungkinan akibat tekanan termasuklah cara pemakanan yang tidak seimbang dan teratur.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source