“Baik Tak Payah Cerai..” – Tindakan Spontan Datuk Red Kucup Kepala Adira Suhaimi Undang Kritikan Netizen
Tindakan usahawan Datuk Seri Adnan Abu ataupun lebih dikenali sebagai Datuk Red yang secara spontan mengucup kepala bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.
Perbuatan Datuk Red itu ternyata telah membuatkan sesetengah netizen sebu melihatkan kemesraan keduanya meskipun tidak lagi bergelar suami isteri.
Kata netizen, lebih baik tidak payah bercerai jika masih ingin menunjukkan kemesraan seperti suami isteri.
Maklum dengan kritikan itu, penyanyi Adira berkata dia enggan memberikan sebarang komen terhadap perbuatan bekas suaminya itu.
Saya rasa semua orang boleh nampak reaksi saya itu tapi kalau boleh saya tak nak komen apa-apa mengenai perkara ini.
Saya enggan memanaskan perkara kerana ia tidak mendatangkan faedah pun kepada saya.
Sebelum ini, kedua-duanya dilihat masih menjaga hubungan baik sebagai rakan demi anak-anak selain Adira turut membantu bekas suaminya itu dalam perniagaan.
Datuk Red dan Adira telah bercerai talak satu pada 24 April lalu. Usahawan itu turut menceraikan isteri pertamanya, Sharifah Norshafila pada 14 Mei lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source