‘Turntable’ lori patah punca muatan kayu balak jatuh bergolek di lampu isyarat
GUA MUSANG – Penyambung atau cakera putar (turntable) pada lori yang patah ketika melalui selekoh dipercayai menjadi punca kayu balak terjatuh dan tergolek sebelum menghempap seorang penunggang motosikal wanita di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara di sini, hari ini.
Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, dari Felda Chiku 3 mengalami kecederaan dalaman dan kini dirawat di Hospital Gua Musang di sini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 58 tahun sedang dalam perjalanan membawa muatan balak dari arah Bandar Utama menghala ke Padang Tengku, Kuala Lipis dekat Pahang.
Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, turntable lori itu dipercayai patah semasa sedang membelok sehingga menyebabkan muatan balak terbalik.
“Pada masa sama, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave berhenti di lampu isyarat di laluan bertentangan dihempap kayu balak yang jatuh bergolek dari muatan lori tersebut.
“Kayu balak tersebut turut terkena bahagian depan sebuah kereta jenis Toyata Vios yang berhenti menunggu lampu isyarat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang wanita terselamat daripada ajal selepas motosikal yang dia tunggang dihempap muatan kayu balak dari sebuah lori ketika melalui selekoh di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source