Shuhada Tarik Balik Kes Pukul, Hafidz Roshdi Puas Hati
Pelakon Hafidz Roshdi berpuas hati dengan keputusan hari ini selepas bekas isterinya, Nurul Shuhada menarik balik kes dipukul bekas suaminya itu yang difailkan sebelum ini.
Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi
Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod…
Memetik HibGlam, Hafidz berkata dia lega dengan keputusan berkenaan dan kedua mereka setuju untuk berdamai secara baik dan tiada isu.
BACA: Hafidz Roshdi Gelar Shuhada Janda Penfitnah, Penipu & Kaki Pusing
“Alhamdulilah saya sangat berpuas hati dengan keputusan hari ini. Tiada sebarang isu atau provokasi daripada mana-mana pihak sebab kami setuju berdamai secara baik,” katanya.
Peguam mewakili Hafidz berkata pihaknya menerima laporan Shuhada menarik balik kes pada 6 Julai lalu serta mahu selesaikan secara baik.
“Pihak pengawai penyiasat juga akan membuat siasatan bahawa tiada unsur provokasi dan pada masa sama Shuhada memilih untuk menyelesaikan kes tersebut secara baik,” katanya.
Sementara itu, Nurul Shuhada tidak hadir perbicaraan hari ini kerana dipercayai kurang sihat dan hanya diwakili Timbalan Pendakwa Raya Asmah Che Wan.
Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret menetapkan tarikh baharu bagi sebutan semula pada 2 Ogos depan.
Pada 2 Mac tahun lalu, Shuhada membuat laporan polis selepas mendakwa telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di pipi.
SUMBER: HibGlam
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source