“Isteri Boleh Cerai Satu Lafaz, Hubungan Dengan Anak Sampai Mati”
Pelawak Shuk Sahar beranggapan media sosial bukan tempat terbaik untuk berkongsikan mengenai hal rumah tangga seperti yang dilakukan individu lain.
Memetik Kosmo, Shuk berkata dia memegang pada prinsip tersebut sejak perkahwinan pertama sehingga hari ini.
BACA: Shuk Sahar Tak Lagi Dikecam Bila Nikahi Fara Salleh
“Prinsip saya sejak dulu adalah media sosial bukan medium terbaik untuk kongsi mengenai rumah tangga. Boleh nampak saya tidak bercakap mengenai bekas isteri meskipun ketika itu hubungan kami baik atau tidak,” katanya.
Sementara itu, Shuk berkata jika seseorang itu berkongsikan kepada umum tentang kisah rumah tangga sekaligus membuka ruang orang ramai melemparkan komen negatif.
“Kongsi cerita dalam media sosial umpama buka ruang untuk netizen mengata. Tanpa sedar, kita sendiri beri peluang untuk wujudkan buli siber.
“Apabila terlalu banyak berkongsi dan netizen ambil tahu, kita kena terima apa sahaja komen mereka. Jadi, lebih baik tidak kongsi apa-apa,” katanya.
Dalam pada itu, Shuk berkongsikan hubungan dengan bekas isteri, Rossa Sera serta dua anaknya dalam keadaan baik dan nafkah kedua anaknya di bawah tanggungjawabnya.
“Saya bersyukur kami ambil keputusan meneruskan haluan masing-masing dan anak-anak masih baik dengan saya. Yuran sekolah, perbelanjaan dan nafkah masih di bawah tanggungjawab saya, kami setuju secara baik. Kalau isteri, kita boleh dipisah dengan satu lafaz tapi hubungan dengan anak-anak sampai mati,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source