“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”
Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”
Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum…
MAHB diketahui umum sebagai pemilik kepada sejumlah lapangan terbang antarabangsa dan domestik termasuklah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pelaburan dari syarikat ini dilihat jelas sebagai satu peluang yang baik untuk negara kita untuk menaik taraf semua lapangan terbang yang menjadi destinasi utama kemasukan pelancong dan pelabur asing.
Peluang Naik Taraf Airport Satu Malaysia
Sudah waktunya lapangan terbang di Malaysia diperbaharui agar sesuai dengan perkembangan zaman dan keperluan pengunjung, baik dari dalam maupun luar negara.
Lebih mendukacitakan baru-baru ini KLIA telah dinobatkan sebagai lapangan terbang antarabangsa ke-8 terburuk di dunia dan ini menguatkan lagi fakta yang KLIA dan semua lapangan terbang di Malaysia perlu dinaik taraf untuk memberikan perkhidmatan lebih baik.
Pandangan ini didukung oleh banyak pengembara yang merasakan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lapangan terbang lain perlu dinaik taraf.
Mohamad Salman Khalid, 24, berpendapat bahawa peningkatan ini bukan kerana perkhidmatan sekarang tidak baik, tetapi untuk memberi lebih keselesaan kepada pengunjung.
Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian adalah sistem kaunter daftar masuk di lapangan terbang.
“Kebanyakan perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan misalnya tidak menggunakan khidmat manusia sebaliknya mesin dan jika ada pekerja di kaunter pun, perkhidmatannya sangat pantas”
“Dalam erti kata lain, tak perlu beratur panjang dan paling saya kagum adalah suraunya bersih, malah setiap kali selepas solat, akan ada pekerja datang bersihkan”
“Di KLIA okey, cuma kena besarkan lagi dan paling penting bersih kerana pelancong luar boleh menilai surau di lapangan terbang dan jika fasilitinya kurang memuaskan tak baik untuk imej negara,” katanya.
“Sibuk Isu Blackrock, Masalah Bukan Selesai”
Jika dilihat dari sudut positif, kepakaran luar memang diperlukan untuk memberikan tanda aras baru kepada lapangan terbang di negara kita. Bukan sahaja di KLIA, rata-rata pengembara juga meluahkan rasa tidak selesa dengan fasiliti yang lama dan sistem imigresen yang perlahan di kebanyakkan lapangan terbang antarabangsa kita.
Baca sahajalah review untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulang Pinang (PIA) yang diberikan oleh pelancong dari luar negara, ada antara mereka yang menunggu lebih 3 jam untuk melepasi kaunter imigresen dek kerana fasiliti lapangan terbang yang kurang efisien.
Sudah tiba masanya untuk semua pihak untuk berfikir lebih waras dan panjang tentang masa hadapan lapangan terbang di Malaysia. Pintu masuk utama negara kita perlu diberikan perhatian yang lebih supaya boleh menarik lebih ramai pelancong dan pelabur dari seluruh dunia.
Menuding jari dengan mengatakan Blackrock dan syarikat luar lain mempunyai agenda tersendiri bukan cara untuk kita semua maju kehadapan. Pelaburan yang strategik mampu memberikan pulangan dan peluang pekerjaan yang besar untuk rakyat Malaysia sendiri.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source