Harith Iskander Akui Kesilapan Diri Punca Isteri Fail Cerai
Awal Julai ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangga pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander dan isterinya, Dr Jezamine Lim didakwa berdepan masalah.
“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”
Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum…
Malah, Dr Jezamine sudah pun memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan kes itu bakal disebut dalam masa terdekat.
BACA: Dr Jezamine Fail Cerai Terhadap Harith Iskander
Menerusi podcast The Rakyat Post, Harith dan isterinya akhirnya tampil berkongsi mengenai perceraian mereka. Harith mengakui rumah tangga mereka bergolak berpunca daripadanya.
“Keputusan ini tidak berlaku secara tiba-tiba tapi ia menjadi kecoh selepas foto Jezamine failkan perceraian tular. Saya seorang lelaki bodoh yang sudah melakukan perkara tidak sepatutnya.
“Saya tak memberi alasan mengenai itu tapi saya melakukan perkara bodoh yang ramai lelaki lakukan pada usia saya. Saya tak nak berkongsi lebih terperinci sebab kami mempunyai tiga anak yang masih muda dan merkea akan menonton ini suatu hari nanti,” katanya
Sementara itu, Harith berkata keputusan untuk bercerai bukan berlaku secara mendadak sebaliknya sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu, namun memilih untuk berpisah secara baik kerana tidak mahu merosakkan persahabatan dibina.
“Untuk ambil keputusan berpisah ini agak lama dan bukan semalam. Sudah bertahun-tahun saya buat kesilapan dan isteri saya menjalankan tugasnya dengan baik.
“Kami melalui tempoh yang menyedihkan dan pergi mendapatkan kaunseling perkahwinan serta bercakap dengan kawan-kawan. Sampailah saya sedar kami lebih sesuai menjadi rakan baik dan dak mahu ia hancur disebabkan perceraian,” katanya.
Dalam pada itu, Jezamine menyangkal dakwaan ramai dia memfailkan cerai pernah didera oleh Harith.
“Ada juga orang tuduh dia berkasar dan mendera saya tetapi semua itu tidak betul sama sekali. Hentikan spekulasi,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source