Anak Umur 7 Tahun Jadi Imam, Syatilla Melvin Menangis Ketika Solat
Pelakon Syatilla Melvin tidak dapat menahan sebak apabila anak lelakinya, Syeriv Samheizy yang baru berusia tujuh tahun menjadi imam solat mereka sekitar bulan lalu.
“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”
Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum…
Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla ada memuat naik foto memaparkan anak lelakinya itu sedang menunaikan solat serta bangga bangga anaknya sendiri mengetuai solat mereka.
BACA: Babak Tayang Badan Berketak, Shaheizy Sam Dedah Syatilla Suka & Sokong
“Sekadar berkongsi, anak kami dah boleh jadi imam. Ya Allah sebak tak habis lagi bila teringat dia minta nak jadi imam saya bulan lepas.
“Mengalir air mata kita dalam sembahyang bila dengar anak kita baca bacaan dalam solat. Tak sangka sungguh, dia betul-betul boleh pimpin saya solat Maghrib dekat surau foodcourt. Saya takkan lupa surau tu sampai mati,” luahnya.
Sementara itu, Syatilla turut menjelaskan dia tidak memaksa anak lelakinya itu untuk menjadi imam namun Syeriv sendiri menawarkan diri.
“Tiada paksaan, dia sendiri mahu. Sekarang saya faham erti bangga yang sungguh bangga. Doakan Syeriv jadi anak soleh dunia akhirat, dapat jaga dan bimbing adik-adik buat kebaikan,” kongsinya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source