“Kami Tak Makan Duit Haram, Akan Tanggung Kerugian” – Kieda Crepe
Usahawan bakeri, Khalieda Yusra atau lebih dikenali sebagai Kieda Crepe tampil memohon maaf setelah didakwa menciplak logo daripada kumpulan penyokong pasukan bola sepak Pahang iaitu Elephant Army.
Kieda dikecam gara-gara meniru dan menggunakan hak cipta orang lain dalam reka bentuk baju keluaran syarikatnya.
Berikutan itu, suami Kieda, Hilmi Zaki tampil membuat permohonan maaf dan mendakwa pihak mereka tidak mengetahui bahawa logo tersebut telah pun didaftarkan.
Takda rezeki Hilmi Zaki (suami) untuk baju Pahang. Tapi no worries, Amy buat design baru untuk orang Pahang ye? Terima kasih semua yang support dan bekerjasama dengan baik.
Refund baju semula kepada kami, kami tanggung rugi. Kami tak makan duit haram , kami untung sikit tapi kenangan tu yang besar untuk kami. Its okay, pengalaman dan pengajaran.
Kieda menerusi satu hantaran di Facebook juga menjelaskan bahawa dia sudah menghubungi pihak Elephant Army dan ianya telah diselesaikan secara baik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source