Kami hanya merancang – Adira Suhaimi
PETALING JAYA: Penyanyi, Adira enggan mengulas lanjut berkenaan kenyataan bekas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu yang sebelum ini menguarkan mereka akan berkahwin semula.
Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 32, berkata, dirinya hanya berharap kepada ketentuan Allah kerana mereka hanya merancang.
“Sekarang ada yang suka, ada yang tak. Jadi saya enggan mengulas dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini.
“Buat masa sekarang kita hanya merancang, tapi semuanya bergantung kepada Allah. Kita cuba.
“Saya enggan untuk komen banyak sebab jika saya komen, akan kena dekat saya juga,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.
Terdahulu, bekas suaminya itu telah mengakui mereka berdua telah kembali hubungan yang serius menerusi siaran langsung di TikTok.
Dalam siaran langsung sama, Adnan turut berkongsi mereka berdua sudah lima hari bercinta dan memiliki tarikh yang sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Malah, mereka telah berbincang di peringkat keluarga mengenai penyatuan semula itu.
Untuk rekod, Adnan dan Adira mendirikan rumah tangga pada 24 April berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Bagaimanapun ikatan perkahwinan sembilan tahun itu berakhir dengan penceraian pada 24 April lalu.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source