Saya harap bomoh itu bertaubat, datang minta maaf – Ibu Zulfarhan
PETALING JAYA – “Saya harap bomoh itu bertaubat dan kalau boleh dia datang jumpa dengan kami buat permohonan maaf”.
Demikian luah ibu Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain iaitu Hawza Osman, 61, kepada ‘bomoh’ yang juga bapa kepada salah seorang pelaku yang menyebabkan kematian anaknya tujuh tahun lalu.
Menerusi sebuah video di Instagram, Hawa berkata, beliau akui geram dan terkilan dengan apa yang telah dilakukan oleh bomoh tersebut.
“Kalau boleh saya memang berdoa biar bomoh itu pun diberi hukuman, maknanya badan dia itu juga ada kesan tekapan seterika. Biar dia rasa bagaimana anak saya rasa,” katanya.
Berdasarkan kronologi, Allahyarham telah dituduh mencuri sebuah komputer riba (laptop) apabila namanya disebut oleh seorang bomoh sebelum arwah dibuli dan dipukul sehingga mati.
Allahyarham bukan sahaja dipukul supaya mengaku mencuri komputer riba berkenaan malah turut ditekap menggunakan seterika wap dan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Sementara itu, Hawa berkata, umat islam tidak sepatutnya mengharapkan pertolongan bomoh semata-mata, sebaliknya meminta pertolongan kepada Allah SWT.
“Kalau boleh kita minta kepada Allah. Ada juga bomoh yang boleh dipercayai tapi bomoh ini dia kata dia sembahyang hajat menggunakan barang dan konon nama arwah tentera.
“Selama ini kata lah mereka pernah pergi ke bomoh. (Bomoh) ini hanya kata saudara atau orang terdekat sahaja. Tak ada cakap pun nama,” ujarnga.
Terdahulu, enam bekas penuntut UPNM yang sebelum ini dihukum penjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan, Putrajaya. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source