“Allah Dengar Ke Apa Yang Saya Cakap?”
Penampilan terbaharu pelakon Ozlynn yang kini berhijab semenjak pulang daripada menunaikan ibadah haji menjadi perhatian ramai.
Power Geng! Sunway Pyramid Dah Ada Ruang Komersial Baharu
Semakin canggih dan lebih selesa lepas ni bila korang jejak kaki di Sunway Pyramid. Kalau korang nak tahu, menjelang suku keempat tahun ini, Sunway Pyramid akan berwajah baru dengan pengenalan Oasis sebagai ruang runcitnya! Awesome…
Menerusi temu bual bersama Sinar Plus, Ozlynn berkata dia sudah lama menyimpan niat untk berhijab namun mengakui bimbang dengan pandangan orang, namun suaminya mengingatkan agar tidak memikirkan mengenai orang lain.
BACA: Ozlynn Puji Johan Hensem Berimej Botak
@sinarplus PELAKON Ozlynn Wati yang tampil dengan imej berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji menerima reaksi positif daripada warga maya. Pemilik nama sebenar Ozlynn Waty Ismail itu mengakui niat untuk memakai hijab sepenuhnya sudah dipendam sekian lama, bagaimanapun ia menjadi kenyataan usai pulang daripada menunaikan haji baru-baru ini. #sinarplus #lifestylesinarharian #ozylynn #johan #hijab #tudung
“Sebenarnya dah terdetik beberapa tahun lalu tapi saya rasa orang akan berkata, ‘esok-esok dia buka la tu’.
“Suami selalu kata, boleh tak jangan fikir pasal orang dan fikir diri sendiri. Tak apalah saya nak rasa keajaiban daripada Allah, maknanya nanti bangun dan tiba-tiba terus pakai,” katanya.
Menurut Ozlynn lagi, rezeki dijemput menjadi tetamu Allah adalah titik permulaan kepadanya untuk menutup aurat dan itu adalah ‘final call’ daripada Allah.
“Bila dah pergi haji itulah penamatnya sebab haji adalah rukun islam yang kelima maknanya itu adalah ‘final call’ daripada Allah. Kalau boleh memang dah tak nak (dedah aurat), dah bersedia untuk semunya,” katanya.
Kongsi isteri kepada pelawak Johan itu lagi, dia sudah mula memakai hijab seminggu sebelum mendapat tawaran menunaikan haji dimana ketika itu dia menghadiri kelas agama.
“Seminggu sebelum dapat tawaran untuk tunai haji, saya pakai tudung ke kelas agama. Ketika itu saya rasa saya dah bersedia. Kemudian dapat tawaran untuk pergi haji.
“Saya cakap dengan Johan, Allah dengar ke apa yang saya cakap? Saya terfikir, apa kebaikkan yang kami buat sampai Allah bagi macam ini? Mungkin ada benda yang kita tak perasan,” katanya.
SUMBER: SinarPlus
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source