KL City, Sri Pahang sama kuat
KUALA LUMPUR – Kekuatan mental pemain sekali lagi menjadi nadi utama buat Kuala Lumpur City untuk mengikat Sri Pahang tanpa jaringan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Disebalik berita kurang enak membabitkan tunggakan gaji dan hutang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), keputusan seri itu mengekalkan rekod tanpa kalah The City Boys dalam tiga perlawanan berturut-turut.
Bagaimanapun, elemen sentuhan penyudah menjadi permasalahan utama buat kedua-dua pasukan yang sering membazirkan peluang tercipta.
Keputusan ini pasti memberikan ‘nota amaran’ buat pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad yang kini hanya mampu meraih satu mata dalam tiga perlawanan terakhir.
Terdahulu, KL City yang dipalit isu gaji sejak kebelakangan ini dilihat lebih garang apabila memiliki lebih banyak peluang berbanding Sri Pahang.
Bagaimanapun hanya satu percubaan merbahaya mampu dihasilkan tuan rumah menerusi sepakan percuma ketua pasukannya, Paulo Josue pada minit ke-38.
Skrip hampir sama terus berulang di babak kedua, menyaksikan The City Boys berterusan dipalit kecewa dalam melakukan sentuhan akhir.
Bagaimanapun, sebaik aksi memasuki minit ke-60, giliran Tok Gajah makin selesa namun isu penyudah turut menghadirkan kekecewaan buat penyokong Sri Pahang.- KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source