Sering Menangis Tiap Malam, Lydia Rosli Serius Nak Kahwin Dengan Tyzo – “Perasaan Dia Sebaliknya, Mungkin Belum Bersedia”
Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, Lydia Rosli tampil memberi kenyataan ‘berani’ apabila dia mengakui dirinya ingin mengahwini penyampai radio, Tyzo.
Namun begitu, Tyzo menurut Lydia masih belum bersedia untuk membawa hubungan mereka ke fasa lebih serius dan hanya lebih selesa berkawan.
Saya memang sukakan Tyzo tetapi saya rasa perasaan Tyzo sebaliknya. Tetapi nak kata saya bertepuk sebelah tangan itu tidak juga. Dia melayan sangat dengan sangat baik. Kami selalu pergi ‘out station’ bersama.
Untuk bercinta, mungkin dia lambat sikit. Tapi terus terang saya beritahu memang saya cinta dan nak kahwin dengan dia.
Berikutan itu, dia hanya mampu menunggu penyampai radio itu melamarnya dengan alasan dirinya seorang wanita.
Menurut Lydia, ibunya juga sudah mula menyukai Tyzo dan mahu menjadikan penyampai radio itu sebagai menantu.
@lydiarosli
Namun begitu, setelah sekian lama menanti Tyzo datang melamar, Lydia memaklumkan sudah penat dan sering menangis setiap malam terkenangkan hubungannya dengan Tyzo.
Saya mula rasa penat dengan situasi ni. Saya rasa dia tidak mahukan saya. Jadi saya ambil keputusan untuk menjauhkan diri.
Tetapi bila saya pergi, dia datang mencari saya. Mungkin sudah sifat lelaki begitu. Sekarang ni saya cuma serahkan pada takdir.
Terdahulu, muncul desas desus mengatakan penyampai radio itu kini sedang bercinta dengan Lydia kerana sering dilihat bersama-sama dalam beberapa majlis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source