Pierre Andre Lebih Tenang Tiada Telefon Bimbit
Pelakon dan pengarah, Pierre Andre mengakui dia berasa sangat tenang tidak memiliki telefon bimbit, termasuk akaun media sosial.
“Pernah Jadi Antara 10 Airport Terbaik Dunia, KLIA Sekarang Berada Paling Bawah”
Rakyat Malaysia pernah berbangga dengan kualiti layanan dan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lebih sedekad yang lalu apabila sering dinobatkan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia. KLIA meninggalkan jauh pesaing lain…
Memetik Harian Metro, pelakon berusia 39 tahun itu berkata segala urusan kerja dan keluarga boleh menghubungi isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim yang juga merupakan pengurusnya.
BACA: 10 Tahun Pierre Andre Hidup Tanpa Telefon Bimbit
“Saya dah lama tak ada telefon (bimbit) sendiri sebab lebih tenang dan kurang rasa tekanan. Begitu juga, apa saja akaun media sosial pun saya tak ada.
“Memang lama juga dah tak ada telefon ni. Dulu, saya pernah merajuk sampai tak balik rumah dan bila nak hubungi keluarga, terpaksalah guna telefon awam di tepi jalan,” katanya.
Menurut Pierre lagi, dia mengutamakan ketenangan buat diri sendiri dan itu dirasainya tanpa penggunakan telefon. Katanya lagi, dia akan melihat telefon isterinya jika mahu mengetahui tentang isu semasa.
“Kalau saya nak tengok isu-isu semasa pun, biasanya tengok daripada telefon isteri saja. Memang saya ambil tahu segala perkembangan yang berlaku, cuma tidak meletakkan diri di media sosial.
“Saya lebih suka merendah diri sebab pengurus saya pun adalah isteri sendiri. Cukup memudahkan pengurusan kerja dan hubungi saja dia (isteri) untuk cari atau dapatkan saya,” katanya.
SUMBER: Harian Metro, mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source