Ujian darah lebih tepat ramal Alzheimer
JAKARTA : Penyakit Alzheimer lebih mudah didiagnos melalui ujian darah, berbanding tafsiran doktor tentang ujian kognitif dan pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT).
Menurut penemuan satu pasukan penyelidik yang diterbitkan semalam dalam jurnal JAMA, kira-kira 90 peratus daripada masa ujian darah dengan tepat dapat mengenal pasti sama ada pesakit mengalami masalah ingatan mempunyai Alzheimer.
Kajian itu menyatakan, pakar neurologi dan memori pula dapat meramal dengan tepat penyakit Alzheimer dalam 73% kes mereka, manakala doktor biasa mencatat peratusan lebih rendah dengan ketepatan 61 peratus.
Keputusan kajian itu yang dibentangkan semalam di Persidangan Antarabangsa Persatuan Alzheimer di Philadelphia, adalah pencapaian terkini dalam pencarian kaedah yang terbaik untuk mendiagnosis Alzheimer.
Penyakit Alzheimer dihidapi hampir tujuh juta rakyat Amerika Syarikat (AS) dan lebih 32 juta orang di seluruh dunia.
Pakar perubatan menyatakan, penemuan itu lebih mudah untuk mengesan gangguan kognitif sebagai sebahagian daripada pemeriksaan penjagaan primer, sama seperti cara membuat ujian kolesterol.
Penyelidikan baharu itu dijalankan di Sweden.
Pakar menekankan ujian darah tersebut seharusnya hanya satu langkah dalam proses pemeriksaan dan yang paling penting, hanya dibuat kepada individu yang hilang ingatan dan mengalami gejala penurunan kognitif yang lain.
Ia sebaliknya bukan untuk orang yang sihat dari segi kognitif untuk meramalkan jika mereka akan menghidap Alzheimer. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source