Wanita Ditangkap Khalwat Bersama 6 Lelaki Ketika Parti Bujang, Bakal Suami Mahu ‘Cancel’ Kahwin – “Saya Akan Tuntut Ganti Rugi”
Seorang wanita yang bakal mendirikan rumah tangga telah ditangkap khalwat bersama enam orang lelaki di sebuah hotel di Kuala Lumpur ketika mereka sedang leka berparti.
Mereka dipercayai sedang meraikan parti bujang wanita berkenaan bersempena dengan wanita itu yang bakal berkahwin tidak lama lagi.
Serbuan dibuat pihak berkuasa selepas menerima aduan daripada orang awam yang mengesyaki aktiviti mencurigakan di hotel berkenaan.
Taknak terus perkahwinan, tuntut ganti rugi
Bagaimanapun, selepas apa yang berlaku tunangnya yang kecewa enggan meneruskan perkahwinan mereka malah turut menuntut wanita terbabit untuk membayarnya semula.
Saya tidak sangka dia sanggup buat begini. Saya dah serahkan hati dan kepercayaan sepenuhnya kepadanya. Sekarang, saya tak mahu teruskan perkahwinan ini dan akan menuntut ganti rugi.
Menurut lelaki itu lagi, sebelum ini dia pernah menasihati bakal isterinya itu untuk menyambut parti bachelorette bersama rakan-rakannya pada waktu siang dan di tempat terbuka.
Aku beritahu perempuan tu, parti bachelorette jangan buat malam, buat siang dekat restoran sebab dia cakap nak staycation. Aku marah tapi aku lebih berterima kasih sebab kejadian terjadi sebelum nikah.
Dah pernah tegur pergaulan bebas
Tambahnya lagi, dia sedar tentang pergaulan bebas tunangnya dan pernah menegur perkara tersebut. Namun, katanya ia bagaikan sia-sia apabila ibu bapa tunangnya itu sendiri juga membiarkan sahaja perkara itu hanya kerana wanita itu sudah kenal rakan-rakan lelakinya sejak kecil.
Benda ni dah lama jadi isu. Lepak dengan kawan lelaki sampai pagi buta. Kawan tahu semua waktu dia period, dah habis period. Dilayan bagai puteri katanya. Mak dia pun biarkan, malu nak tegur sebab mak ayah (kawan) dah kenal. Aku bodoh sebab cinta sebelum ni.
Lelaki itu turut berkata dia akan meminta wanita itu membayar ganti rugi termasuklah perbelanjaan mereka ketika bertunang sebelum ini.
Kalau taknak bayar, selesai di mahkamah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source