Perlis potensi jadi hab sukan pelancongan – Ku Hasrin
KANGAR: Perlis berpontensi menjadi hab sukan pelancongan khususnya membabitkan acara larian, berbasikal dan sukan lasak yang terus berkembang pesat di negeri ini melalui pelbagai penganjuran sukan berkenaan.
Justeru, kerajaan negeri perlu bijak mengambil peluang dan merangka rancangan jangka masa panjang bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Presiden Persatuan Pelancongan dan Rekreasi Perlis (Troper), Ku Hasrin Ku Abd Rahman berkata, Perlis juga boleh mengambil peluang dengan perkembangan positif Thailand yang menerajui acara sukan pelancongan utama di negara-negara Asia sejak 2023 lagi.
Katanya, Perlis harus mengambil peluang yang produktif dalam bersama membina budaya sukan dalam perkembangan ekonomi komuniti serta kemajuan berdasarkan industri sukan yang sebenar.
“Bagi merealisasikan hasrat itu, pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti juga sentiasa terus bergerak aktif. Namun, tanpa dokongan pihak berwajib dan kerajaan, sukar untuk kita merealisasikan impian ini.
“Perlis sebenarnya mempunyai peluang cukup besar jika bijak mengambil peluang dan rancangan jangka masa panjang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.
Sementara itu, Ku Hasrin berkata, Perlis juga amat berpotensi dalam memperluaskan peluang bagi sektor agro pelancongan susulan keunikan dan keindahan alam semula jadi yang terdapat di Banjaran Nakawan, di sini.
Katanya, perkembangan itu dapat dilihat menerusi penyertaan dalam acara Wang Gunung Trail Run 2.0 bersempena Perlis Outdoor Festival baru-baru ini yang mendapat penglibatan begitu memberangsangkan dari peserta dalam dan luar negara.
Ujarnya yang juga merupakan pengarah program berkenaan, menerusi penganjuran acara itu, para peserta berpeluang membuat larian menelusuri Banjaran Nakawan yang berbukit batu kapur dan mempunyai pelbagai keunikan menarik di sekitar kawasan tersebut.
“Pada edisi kedua ini, kita cuba mempromosikan Banjaran Nakawan yang mempunyai pelbagai tanaman buah-buah tempatan dengan membawakan konsep larian pada waktu malam bagi menghidupkan suasana kawasan ini.
“Para peserta yang menyertai kejohanan kali ini cukup memberangsangkan iaitu seramai 700 orang di mana ada diantaranya juga adalah dari negara luar seperti Singapura dan Thailand.
“Di samping itu, kita sebagai sebuah NGO dan pemain industri juga mengharapkan sokongan serta peranan kerajaan negeri dalam menjayakan perkara ini,” katanya.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source