“Tak Tahu Kenapa, Saya Masih Dibuli”
Pelakon jelita Sophia Albarakbah mendedahkan dia masih lagi menjadi mangsa buli segelintir netizen di media sosial meskipun sudah tidak lagi terpalit dengan kontroversi panas.
Memetik Kosmo, Sophia berkata dia juga tidak tahu sebab mengapa dia masih dibuli dengan komen-komen kesat dan tidak habis-habis dibenci serta mengakui terkesan dengan perkara itu.
BACA: Sophia Albarakbah Suka Lelaki Jujur, Tak Curang & Kelakar
“Sampai sekarang saya masih dibuli dalam media sosial, tidak kiralah buat salah ke tidak, orang tetap lempar kata-kata negatif tanpa saya tahu apa sebabnya.
“Mungkin saya kuat dari luaran tetapi sebenarnya tidak. Saya sudah lalui macam-macam dan sehingga kini masih berusaha supaya perkara itu tidak beri kesan pada diri terutama kesihatan mental. Tipulah kalau kata tidak terkesan tapi sentiasa cuba untuk tidak buat perkara yang tidak sepatutnya,” katanya.
Sementara itu, Sophia berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang tidak henti membulinya di media sosial.
“Sebenarnya semua komen-komen itu sudah melampau tetapi saya belum lagi ambil tindakan. Namun, kalau masih berterusan, saya akan buat laporan sekiranya itu tindakan yang patut dilakukan untuk menghentikan semua ini,” katanya.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source