‘Majlis perkahwinan paling indah, diingati anak perempuan saya’
PETALING JAYA – “Dalam masa dua minggu lagi, mahu pastikan anak perempuan saya dengan majlis perkahwinan paling indah untuk diingati sepanjang hidupnya,” demikian perkongsian oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Baginda berkenan berkongsi berita gembira itu sewaktu bertitah pada Majlis Penutup Islamic Fashion Festival (IFF) 2024 dan Perasmian Pameran Solo Syed Thajudeen di Kuantan, semalam.
Ia sekali gus menjawab persoalan orang ramai berhubung perkahwinan diraja Pahang yang bakal berlangsung bulan ini, antara Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangan, Fd Idzham Fd Iskandar.
“Dalam masa dua minggu, dia (Tengku Puteri Afzan) akan jadi ‘bridezilla’ (pengantin perempuan), saya akan jadi ‘groom momster’ (ibu pengantin lelaki dengan nada berseloroh).
“Oleh kerana rumah saya kecil, saya tidak boleh menjemput seluruh negeri Pahang ke perkahwinan diraja yang akan berlangsung lagi dua minggu.
“Tetapi saya ingin mengumumkan di Padang MBK depan dan Padang Kotasas (majlis) selama empat hari. Ada skrin besar di mana rakyat negeri Pahang, bolehlah berkumpul, berpesta untuk meraikan perkahwinan diraja,” titah baginda.
Malah, Tunku Azizah Aminah turut memaklumkan terdapat konsert, persembahan dan pelbagai lagi aktiviti semasa majlis tersebut.
“Jemput datang ke Pahang. Sama-sama kita meraikan perkahwinan diraja yang lagi dua minggu ini. ‘Bridezilla, godzilla, monster’ (berseloroh),” titah baginda.
Kosmo! Online hari ini melaporkan, pengurus acara Teja Market mendedahkan mengenai perkahwinan diraja Pahang yang dikatakan bakal berlangsung pada bulan ini.
Menerusi poster yang dimuat naik, majlis tersebut diberi nama ‘Langit Cinta’ Lintas Langsung Istiadat Perkahwinan Diraja iaitu bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam pada 22 hingga 25 Ogos bertempat di Tasek Kotasas.
Bahkan, posting tersebut turut diulang siar menerusi TikTok @cmspahang yang difahamkan merupakan akaun peribadi Tunku Azizah Aminah.
Berdasarkan pemerhatian, akaun peribadi baginda pernah membuat siaran langsung selain hantaran dimuat naik berkaitan masakan serta majlis dan acara dihadiri keluarga diraja. – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source