Tesla alami kerugian, tidak mampu bersaing EV China
KUALA LUMPUR – Tesla membatalkan rancangan mengembangkan operasi pengeluaran di rantau ini kerana gagal bersaing dengan kenderaan elektrik (EV) dikeluarkan syarikat dari China.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Tengku Zafrul telah mendapat maklumat terkini… kerana mereka mengalami kerugian (disebabkan) tidak dapat bersaing dgn EV dari China. Jadi operasi mereka di Thailand besar, kita baru nak mula. Itu penerangan langsung dari Tesla,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Peluncuran Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan di sini hari ini.
Semalam, Tengku Zafrul menerusi hantaran di platform X menyatakan Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia.
Kata beliau, MITI ada mengadakan perbincangan dengan pengasas Tesla, Elon Musk bagi menarik pelaburan, tetapi bukan membabitkan perkara itu. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source