“Biarlah Muka Mak Macam Zombi, Anak Kena Wangi”
Selepas tiga bulan melahirkan cahaya mata sulung, pelakon Uqasha Senrose berkata baru kini dia faham bagaimana perasaan menjadi seorang ibu.
Memetik Kosmo, Uqasha berkata dia juga tidak kisah mengenai soal penampilan diri selepas bergelar ibu kerana semuanya tentang anaknya, Hawra Uqaira.
BACA: “Saya Tak Nak Kahwin Lagi, Cukup Uqasha Seorang Je…”
“Kehidupan saya berubah 360 darjah selepas ada anak. Saya sudah tidak kisah langsung tentang penampilan diri. Biarlah muka mak dia macam zombi yang penting anak kena sentiasa wangi. Keutamaan saya memang pada anak 100 peratus,” katanya.
Sementara itu, Uqasha berkata dia belum bersedia untuk berjauhan dengan anaknya walaupun sekejap dan terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon kerana tidak mahu asyik teringat akan anaknya.
“Saya masih belum boleh berenggang dengan Uqaira buat masa ini. Perkara ini masih baru untuk saya. Ini kali pertama saya bergelar ibu. Tak mungkin dalam masa tiga bulan saya dah tahu untuk menguruskan segala-galanya. Setiap hari adalah proses pembelajaran untuk saya.
“Memang ada tawaran lakonan seperti drama bersiri daripada Radius One. Tetapi saya terpaksa tolak kerana tidak mahu asyik terfikir tentang anak bila di set penggambaran. Ini saya nak tinggalkan dia nak tengok wayang pun dah rasa sedih walaupun dua jam sahaja,” katanya.
Terdahulu, Uqasha selamat melahirkan sulung, Hawra Uqaira pada 27 April lalu. Uqasha mendirikan rumah tangga dengan pelakon Kamal Adli pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.
SUMBER: Kosmo
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source