Saya reda – Aufahanie kering air mata, belum makan, tidur sejak semalam
SHAH ALAM: Penyanyi, Aufahanie, reda menerima berita pemergian abang tercinta, Allahyarham Nidza Afham.
Berita itu diterimanya sekitar pukul 7:45 malam tadi selepas jenazah ditemukan oleh orang awam berhampiran jambatan Sungai Klang, Klang, hari ini.
“Sudah habis air mata mahu menangis. Sejak semalam saya belum tidur dan makan sebab saya sangat rapat dengan arwah.
“Dalam tujuh beradik, saya nombor enam dan dia anak kelima. Kami berdua memang rapat dan seperti kawan baik,” katanya.
Aufa ditemui Utusan Malaysia di pekarangan Unit Perubatan Forensik, Hospital Shah Alam, di sini, hari ini.
Jelasnya lagi, sepanjang berbual dengan arwah, Afham tidak pernah menunjukkan reaksi pelik atau petanda bahawa dirinya akan pergi buat selamanya.
“Selepas ibu bapa berpisah, abang tinggal dengan ibu dan dialah yang menjaga ibu sehingga akhir hayat. Dalam tujuh beradik dialah yang paling baik.
“Tidak nampak sebarang tanda dia akan pergi buat selamanya.
“Sekarang, keluarga akan berbincang samada untuk meneruskan bedah siasata sekiranya ada unsur jenayah. Kesian kepada arwah kalau lalui proses bedah siasat,” ujarnya lagi.
Tambah Aufa lagi, sepatutnya petang tadi penyanyi Geming Rindu itu perlu menduduki peperiksaan, namun terpaksa dilupakan kerana memberi fokus kepada kehilangan abang.
“Sepatutnya ada peperiksaan hari ini. Tapi saya anggap sudah gagal. Fikiran saya hanya memikirkan abang,” jelasnya.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan di sekitar jambatan Sungai Klang, Selangor adalah penyanyi Nidza Afham.
Mayat tersebut ditemukan sekitar pukul 7 malam tadi.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source