“Jangan Bertepuk Tangan Lihat Orang Bercerai Berai, Kita Tak Tahu Nasib Kita Di Kemudian Hari” – Nora Ariffin
Penyanyi Datuk Nora Ariffin menasihati pengikutnya di media sosial agar tidak meraikan ujian rumah tangga yang dilalui oleh orang lain.
Katanya, kita sebagai orang luar tidak mengetahui hal sebenar yang berlaku jadi tidak bolehlah terus menghakimi hal rumah tangga orang lain terutamanya yang melibatkan perceraian.
Jangan kita terlalu seronok, bertepuk tangan melihat orang bercerai berai, sebab kita pun tak tahu hal sebenar. Juga kita pun tak tahu perancangan Allah SWT dan nasib kita di kemudian hari.
Nasihat itu diberikan Nora dipercayai untuk mengingatkan orang ramai tentang menjaga lisan dan komen negatif diberikan masyarakat terutamanya di media sosial.
Apatah lagi, ketika ini sedang hangat tentang isu rumah tangga pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang sudah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira Kaza semalam.
Terdahulu, Nora juga mengesahkan perkahwinannya selama tiga tahun bersama Dr Rushdi Ramli berakhir dengan perceraian baru-baru ini selepas lelaki itu melafazkan talak satu menerusi rakaman video.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source