Aliff Syukri Pelik Ramai Tepuk Tangan Sahabat Baik Nak Cerai
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkata dia tidak terkejut apabila mengetahui konflik rumah tangga Ira Kazar dan suaminya, Syamsul Yusof.
Memetik mStar Online, Aliff yang sudah lama berkawan rapat dengan Ira berkata dia bagaimanapun tidak mahu masuk campur urusan pasangan berkenaan.
BACA: Kazar Sedih Rumah Tangga Ira & Syamsul Di Ambang Perceraian
“Saya dengan Ira memang rapat, bukan atas dasar ambil kesempatan ke apa. Sebenarnya saya dah tahu cerita Ira ni lama cuma sebagai orang luar saya patut sentih isu rumah tangganya. Saya sentiasa mendoakannya dan bagi saya janganlah kita mendoakan perceraian orang lain,” katanya.
Sementara itu, Aliff berkata dia pelik apabila ada yang bertepuk tangan serta mentertawakan rumah tangga Ira sehingga ada yang mengatakan membuat sujud syukur.
“Bila saya lihat ada yang ketawakan situasi dia, siap buat sembahyang syukur, memang tak patut. Bagi saya apabila kita seronok lihat kesusahan orang lain, takut nanti kita pula yang terkena jadi doakan saja kebahagiaan dia,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff turut berkongsikan keadaan rakannya itu baik sahaja dan dia enggan mengulas lanjut.
“Ira sekarang dalam keadaan biasa-biasa saja. Saya tak nak cakap lebih-lebih nanti viral pula,” katanya.
SUMBER: mStar Online
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source