Dajal itu mereka – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR – “Yang dajal itu adalah mereka (Pas)”. Demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menggelar parti itu sebagai dajal.
Sebelum ini, Abdul Hadi mendakwa UMNO bersama Pakatan Harapan (PH) meneruskan prinsip dan konsep kebendaan menjadi agenda yang utama bagi menegakkan dan mempertahankan kerajaan.
Ahli Parlimen Marang itu mendakwa, ia digunakan sebagai senjata dengan cara yang lebih daripada dajal.
Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun tidak menyangah perkara tersebut dan menyifatkan beliau tidak sealim Abdul Hadi.
“Itu pandangan beliau. Jadi terpulang kalau nak kami ini dajal, dajal lah kami. Kami pun boleh panggil seseorang itu dajal tapi kami tidak sebegitu.
“Kita tidak mahu perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bertambah lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Laman Media – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source