[VIDEO] Gara-gara monyet melintas, enam sekeluarga masuk parit
BAGAN SERAI – Enam orang yang menaiki Proton Iriz berdepan detik cemas setelah kereta dinaiki terbabas ke dalam parit saliran di bahu jalan Kilometer 15 Jalan Selama-Bagan Serai kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, kemalangan berlaku apabila kereta dipandu oleh seorang wanita menghala ke arah Bagan Serai telah mengelak sekumpulan monyet yang melintas di laluan tersebut.
“Selepas mengelak haiwan liar, kenderaan itu telah melanggar sebatang tiang elektrik dan terbabas ke dalam parit saliran di sebelah kanan bahu jalan.
“Kesemua mangsa iaitu pemandu dan penumpang wanita beserta empat orang kanak-kanak berusia antara setahun hingga 13 tahun telah jatuh dalam parit dan diselamatkan oleh orang awam,” katanya di sini hari ini.
Menurut Juna, kesemua mangsa yang terlibat telah dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan sebagai pesakit luar.
“Kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius dan telah dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama.
“Pemandunya telah hadir semalam ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya yang turut memberitahu kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
Terdahulu, sebuah video berdurasi 35 saat tular di media sosial memaparkan beberapa orang dewasa terjun ke dalam parit bagi menyelamatkan mangsa. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source