Perubahan iklim, jangkaan hujan faktor berlaku bencana alam
IPOH: Perubahan corak iklim mutakhir ini, intensisi dan jangkaan hujan merupakan antara faktor utama menjadi pencetus bencana banjir, tanah runtuh serta fenomena kepala air.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan agensi dan kementerian lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk bencana dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi banjir.
“Kita akan memberikan kerjasama dan bersedia apabila berlakunya tanah runtuh, banjir, banjir lumpur dan kejadian kepala air.
“Sekarang corak cuaca sudah berbeza yang menyebabkan intensisi dan jangkaan hujan sukar dijangka,” katanya dalam sidang akhbar Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak di Kampung Kepayang, Simpang Pulai di sini semalam.
Sidang akhbar itu adalah berkenaan pemeriksaan sebuah premis pemerolehan kembali buangan terjadual yang menyebabkan pencemaran bau dan udara yang menjelaskan penduduk Taman Seri Bougainvillea dan Taman Botani Simpang Pulai.
Nik Nazmi merujuk kepada kejadian pada Jumaat lalu iaitu muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Geliting di Ulu Slim, Slim River, Tanjung Malim dekat sini yang dilaporkan pecah menyebabkan fenomena kepala air.
Bencana itu menyebabkan 175 mangsa terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) selain 21 orang terperangkap di Taman Eko RISDA sebelum berjaya diselamatkan bomba pada keesokan harinya. –UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source