‘Objek’ dikesan bawah tanah, tapi penemuan negatif – DBKL
KUALA LUMPUR – Korekan sedalam dua meter berskala kecil telah dibuat setelah mendapati terdapat objek (anomaly) di lurang kumbahan Jalan Masjid India, di sini, semalam.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, korekan kira-kira satu hingga dua meter dibuat setelah Ground Penetrating Radar (GPR) mengesan objek (anomaly) berada satu meter bawah tanah di lokasi terbabit.
“Aktiviti korekan dijalankan secara manual ‘shoring’ oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), namun penemuan adalah negatif.
“Kerja-kerja korekan manual dihentikan sekitar pukul 10.15 malam tadi (semalam),” katanya dalam kenyataan, hari ini
23 Ogos lalu, Kosmo! melaporkan seorang wanita warga India iaitu G Vijaya Lakshmi, 48 terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini.
Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 8.22 pagi.
Antara agensi terlibat SAR mangsa ini ialah JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Indah Water Konsortium (IWK) serta Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). – KOSMO! ONLINE.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source