Nasib Marissa dikecam orang – Utusan Malaysia
SELEPAS anak pasangan Norman Hakim dan Abby Abadi ini akhirnya berkahwin dengan suami orang, Ahmad
Aslam, Cik Bunga fikirkan kontroversi itu pastilah sudah tamat.
Iyalah, sejak dia ‘kantoi’ bercinta dengan suami orang dan kemudian nekad berkahwin dengan lelaki berkenaan di Thailand tanpa pengetahuan keluarga, Marissa sudah melalui fasa kecaman orang yang dahsyat ketika itu.
Jadi, ingatkan, selepas sudah berkahwin, warganet pun diam sajalah dan tidak sentuh lagi mengenai hal peribadi Marissa. Rupanya tidak.
Menerusi kejadian baharu yang menyaksikan Marissa baru sahaja keguguran dan berdepan dengan episod hitam di mana bayi dalam kandungannya yang berusia enam bulan dilaporkan meninggal dunia baru-baru
ini, wanita ini tetap menjadi sasaran warganet.
Antara kecaman yang Cik Bunga tengok, ada yang kata, episod hitam yang dilalui oleh Marissa kini adalah satu kifarah kerana dahulunya dia merampas suami orang, membelakangkan keluarga dan menipu.
Apa yang dia tipu? Iyalah, bila orang sudah dapat tahu dia sebenarnya sedang hamil, mulutnya berkata tidak, seolah-olah menidakkan kurniaan dan hadiah Allah kepadanya. Mengapa mahu menipu?
Sebab itu orang kata, hati-hati dengan apa yang kita tuturkan kerana kata-kata adalah doa. Itu yang berlaku pada Marissa barangkali menyebabkan dia termakan dek kata-kata sendiri. Tetapi, bagi Cik Bunga, warganet pun, usahlah terlalu galak mengecam orang lain meskipun seseorang selebriti itu ada
melakukan kesilapan.
Nama pun manusia dan kita semua tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Lebih baik sama-sama doakan Marissa agar dia pun dapat menjalani kehidupan yang tenang bersama keluarganya terutama kembali membina ukhuwah yang baik dengan ibu kandungnya sendiri.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source