Bina pusat perlindungan kucing, tak sampai dua minggu enam mati?
PETALING JAYA – “Nak sediakan kebajikan untuk kucing atau nak hapuskan kucing yang ada? Tak sampai dua minggu enam ekor sudah mati termasuk anak kucing. Siapa perlu tanggungjawab?”.
Itu antara persoalan yang dibangkitkan seorang pengguna X dikenali sebagai Edwin Seng apabila dia terkejut melihat keadaan sebuah pusat perlindungan kucing di Klang, Selangor seolah-olah seperti kawasan terbiar meskipun ia baru dilancarkan dua minggu lalu.
“Tetapi apa yang kita lihat adalah sebaliknya. Ia dibuka secara rasmi pada 18 Ogos tahun ini dan tidak sampai dua minggu, ini yang kami perhatikan pada 31 Ogos.
“Seperti sebuah kem tahanan kepada kucing-kucing ini apabila tempat perlindungan dibina dengan pengudaraan semula jadi tetapi tiada penebat pada bumbung, secara amnya menjadikannya sangat panas untuk kucing,” katanya menerusi beberapa ciapan yang dimuat naik di X.
Sementara itu, melihat kepada beberapa gambar yang dikongsikan lelaki tersebut, pusat perlindungan terbabit berada dalam keadaan kotor dan tiada makanan disediakan di dalam bekas kucing.
Selain itu, beberapa ekor kucing juga sudah kelihatan sudah tidak bermaya dan sakit serta pasir untuk dijadikan kawasan berak juga berselerak memenuhi ruang sangkar.
“Terlalu banyak kucing terbiar dikurung dalam satu sangkar dan nampaknya tidak mempunyai sebarang pemeriksaan kesihatan. Ada sedang sakit, seekor anak kucing mati di dalam. Makanan sukar diakses, kotak sampah tidak dibersihkan dan kotor,” jelasny.
Ada juga mendakwa segelintir kawasan pusat perlindungan dibina hanya kerana mahu mendapat ihsan orang ramai namun, tiada hal kebajikan dilakukan bagi melindungi kucing-kucing tersebut.
“Sisi gelap dunia kucing terbiar yang ramai tak sedar. Idea dia adalah untuk menghilangkan kucing liar daripada berkeliaran di kawasan umum. Letak di pusat pelindungan, dan akhirnya apa nak jadi selepas tu, itu belakanng cerita,” dakwa seorang individu lain.
Dalam pada itu, ramai yang meminta pihak berkuasa untuk turun padang meninjau keadaan pusat perlindungan kucing itu dengan segera.
“Pihak berkuasa tolong buat sesuatu. Temoat dibina dengan kos lebih RM300,00 adalah untuk mematikan kucing-kucing ini? Mana pekerja? Kenapa keadaa pusat perlindungan jauh lebih teruk daripada kawasan sampah? Selamatkan kucing-kucing ini,” pinta Ayunie. – KOSMO! ONLINE
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source