“Masalahnya Lelaki Melayu Tak Ada Yang Nak”
Pempengaruh media sosial dan pelakon Aya Amiruddin berkata dia belum bersedia untuk membuka hati kepada mana-mana lelaki selepas berdepan episod putus tunang.
Memetik Media Hiburan, Aya berkata dia kini lebih senang untuk berkawan terlebih dahulu sebelum mengenali hati budi seseorang.
BACA: “Saya Takkan Sesekali Putihkan Kulit”
Hadir bersama seorang lelaki yang menemaninya pada Majlis Malam Gala Filem Pontianak 200KG baru-baru ini, Aya menepis dakwaan bercinta dengan lelaki berkenaan.
“Tidak… kami hanya berkawan, tak lebih dari itu. Terlalu awal rasanya untuk kembali bercinta.
“Saya sebenarnya perlukan masa untuk healing selepas empat tahun saya bersama orang itu (bekas tunang), takkanlah lepas beberapa bulan sudah bersama dengan orang lain pula kan?
“Jadi buat masa sekarang Aya hanya nak fokus dekat karier berbanding hubungan cinta,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya sama ada dia pernah didekati atau rapat dengan lelaki Melayu, Aya berkata ianya tidak pernah berlaku kerana mungkin mereka ‘takut’ untuk mengenalinya.
“Masalahnya lelaki Melayu tak ada yang nak. Tapi sekiranya ada, mengapa tidak. Namun tidak menafikan ada yang pernah cuba untuk mendekati, namun ia tidak menjadi. Tak tahulah sebab apa.
“Saya pun tidak meletakkan kriteria tertentu dalam hal berkaitan jodoh. Kalau Allah sudah gerakkan hati dan itulah jodoh, saya terima sahaja.
“Cuma mungkin lah kot lelaki Melayu ‘takut’ untuk mengenali saya. Saya tak pasti kenapa sebabnya saya tak pernah ada hubungan serius dengan mana-mana lelaki Melayu sebelum ini. Setakat kenal-kenal begitu adalah…,” katanya.
Terdahulu, Aya pernah mengikat tali pertunangan dengan lelaki yang dikenali sebagai Eronmose Sleem.
SUMBER: Media Hiburan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source