EPL: Pergolakan pemegang saham Chelsea
LONDON – Pemilik Chelsea, Todd Boehly dan rakan kerjasamanya yang memiliki pegangan saham ke atas kelab itu dilaporkan sedang bersaing untuk mengukuhkan penguasaan masing-masing di Stamford Bridge.
Boehly yang mengetuai konsortium termasuk melibatkan syarikat ekuiti Clearlake yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat telah mengambilalih pegangan ke atas The Blues pada Mei 2022 dengan bayaran sebanyak £4.25 bilion (RM24.2 bilion).
Selepas pengambilalihan tersebut, mereka berdepan reaksi pelbagai daripada para peminat yang mempersoalkan mengenai aktiviti mereka pada jendela perpindahan apabila membawa masuk terlalu ramai pemain sehingga memberikan kesan kepada prestasi pasukan.
Laporan dari Bloomberg mendakwa, timbulnya hubungan kurang harmoni melibatkan pemilik Clearlake, Behdad Eghbali dan Boehly selaku pemegang saham utama menyebabkan masing-masing bersaing untuk menjadi pemilik penuh Chelsea tanpa sebarang perkongsian.
Perselisihan itu dikatakan wujud ekoran beberapa perkara yang gagal mendapat persetujuan bersama melibatkan polisi pada jendela perpindahan, kegagalan dalam projek pembinaan stadium baharu dan prestasi semasa pasukan itu.
Pemergian Ketua Pegawai Eksekutif mereka, Chris Jurasek awal minggu ini yang meninggalkan pasukan dilihat sebagai petanda pergolakan yang wujud sekali gus menyaksikan Chelsea bakal berdepan perubahan sekali lagi.
Sejak pemilikan baharu, Chelsea sudah menghabiskan dana sebanyak lebih £1 bilion (RM5.69 bilion) untuk mendapatkan pemain baharu yang kebanyakannya gagal memberikan impak, malah mereka sudah menukar lima pengurus dalam tempoh dua tahun. – AGENSI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source