Haruman Baru Burberry Goddess Eau de Parfum Intense Serlah Kekuatan Dalaman
Burberry memperkenalkan ciptaan terbarunya, Burberry Goddess Eau de Parfum Intense, haruman yang direka khas untuk wanita moden yang mahu memancarkan kekuatan dengan penuh keanggunan.
Simfoni Haruman Mewah
Di tengah haruman mewah ini terletak gabungan unik titik aromatik dan berkayu yang menyelimuti pemakaianya dalam kehangatan penuh sofisikated. Trio vanila ikonik daripada Burberry Goddess yang asal kini diperkayakan dengan tambahan Kayu Vanila, mencipta aura yang mewah.
Esen vanila yang diperhebatkan ini bergabung dengan lavender segar, manakala Patchouli menambahkan kedalaman wangian dan mengeluarkan keanggunan feminin.
Reka Bentuk Botol Yang Mewah
Mengisi wangian dalam botol berbentuk empat segi yang elegan, bungkusan Burberry Goddess Eau de Parfum Intense diinspirasikan dari rona keemasan matahari terbenam, seindah dengan bau haruman itu sendiri. Pembungkusan berwarna beige gelap, dihiasi dengan label emas yang diinspirasikan oleh gabardine, memberikan penghormatan untuk warisan kaya Burberry.
Seperti keluaran terdahulu, haruman ini adalah vegan dan boleh diisi semula, mencerminkan komitmen Burberry terhadap kelestarian tanpa menjejaskan kemewahan.
Keluaran terbaru Burberry Goddess Eau de Parfum Intense turut menampilkan pelakon yang sentiasa memberi inspirasi Emma Mackey sebagai ‘wajah’ yang membawa wanita meneroka perjalanan penemuan diri dan pemberdayaan wanita.
“Haruman baru ini mempunyai kedalaman, keanggunan, dan kehangatan. Saya berharap elemen-elemen ini akan memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang memakainya untuk menjadi diri mereka yang paling asli, yakin, dan berdaya.” – Emma Mackey, Pelakon
Miliki Koleksi Burberry Goddess
Sama ada anda sudah terpesona dengan Burberry Goddess yang asli atau terbaru dalam koleksi ini, Burberry Goddess Eau de Parfum Intense mengajak anda untuk mengalami haruman dari perspektif yang berbeza. Tersedia dalam tiga saiz, haruman mewah ini sesuai untuk setiap acara.
-100ml | RM745 | Eksklusif di Stor Utama (Aeon, Isetan, Parkson, Seibu, Sogo)
-50ml | RM525 | Tersedia di Stor Utama dan Sephora
-30ml | RM380 | Eksklusif di Sephora
Biarkan Burberry Goddess Eau de Parfum Intense menjadi sentuhan akhir pada keanggunan harian anda, memberi anda kekuatan untuk menyelami keindahan dalaman setiap kali disembur.
Pada yang nak mencuba Burberry Goddess Eau de Parfum Intense, anda boleh mendaftar untuk mendapatkan slot di Suria KLCC (Concourse Level) sehingga 8 September 2024.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source