Bau Ketiak Melekat Selepas ‘Fitting’, Wanita Tidak Puas Hati Butik Paksa Beli Gaun Pengantin
Seorang bakal pengantin di China kerugian kira-kira RM1,200 selepas dipaksa membeli gaun yang tidak disukainya.
Difahamkan, pihak butik memaksa wanita itu membeli gaun yang dicubanya kerana bau badan yang kuat melekat di bahagian ketiak.
Wanita itu merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan dan telah ke sebuah butik pengantin untuk mencuba dua jenis gaun.
Selepas mencuba gaun yang pertama, wanita dikenali sebagai Momo itu tidak suka dan menyerahkan kembali kepada pekerja butik.
Dia kemudian meneruskan mencuba pakaian kedua. Pada ketika itu, dia menyedari pekerja butik membuat reaksi wajah yang tidak menyenangkan.
Gaun kedua yang saya cuba pun saya tak suka dan tempat tu tak ada aircond. Saya pun nak beredar dari situ.
Namun, semasa dia sedang berjalan keluar dari butik tiba-tiba pekerja menahannya dan meminta pampasan dengan memberikan alasan gaun pertama terdapat bau peluh yang kuat.
Dalam perkongsian asal, wanita ini mengakui ketiaknya kuat berpeluh dan bertambah teruk apabila bilik fitting di butik tiada penghawa dingin.
Takkan lah saya kena bayar hanya kerana saya cuba gaun tu?
Dia merasakan tidak adil jika dia perlu membeli pakaian tersebut hanya kerana bau badan. Namun, dia akhirnya mengalah kerana tidak mahu memanjangkan isu.
Kerasa rasa dirinya ditindas, wanita itu kemudian memuat naik hantaran di media sosial dan bertanyakan pendapat orang ramai ‘siapa’ yang harus dipersalahkan.
Namun nampaknya orang ramai tidak berpihak kepadanya dan menasihatinya supaya mandi dengan lebih kerap.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source