DURIAN sememangnya begitu popular dalam kalangan rakyat Malaysia sama ada durian klon atau durian kampung premium yang menjadi rebutan peminat raja buah itu.
Antara durian yang menjadi buruan dan pilihan di negara ini adalah seperti berikut:
1. Musang King
Dikenali juga panggilan raja kunyit dengan kodnya adalah D197. Durian klon ini pada masa ini banyak ditanam di daerah Raub dan Bentong untuk pasaran tempatan dan eksport.
Bentuk buahnya bulat bujur dengan hujung buah mempunyai bentuk bintang dan isinya berwarna kuning keemasan berkilat dan isinya tebal dengan berat antara satu kilogram hingga tiga kilogram.
Rasanya lemak manis dan sedikit pahit dengan aroma yang kuat, tekstur yang halus dan melekit.
Harganya antara RM20 hingga RM50 sekilogram mengikut saiz dan waktu.
2. Black Thorn
Durian klon D200 ini dikatakan durian yang paling mahal dipasaran ketika ini dengan harga boleh mencecah RM80 sekilogram.
Kulitnya berwarna hijau keperangan dan buah berbentuk bulat dengan bahagian bawah buah terdapat kawasan lekukan berwarna coklat keperangan yang tidak berduri dengan terdapat terdapat satu duri yang berwarna hitam di kawasan tengahnya.
Isinya berwarna kuning kemerahan, tebal dengan tekstur halus rasanya manis pekat berkrim dan sedikit pahit berlarutan serta beraroma sederhana.
3. Damak King
Durian ini yang dikenali juga dengan panggilan Tok Merah didapati di kawasan Mukim Ulu Cheka di Jerantut dan merupakan durian kampung premium.
Pada masa ini hanya ada kira-kira 15 batang pokok durian Damak King di Jerantut dan proses pendaftaran varieti tanaman sedang giat dilakukan oleh Jabatan Pertanian.
Kerana permintaan yang terlalu tinggi buah yang mempunyai berat antara 1.2 kilogram hingga 3.5 kilogram dijual dengan harga RM45 hingga RM50 sekilogram dan masih tidak mampu menampung permintaan.
Isi berwarna kuning emas dengan rasa lemak manis dan tekstur yang kenyal dengan aroma sederhana kuat.
4. Durian Beserah
Durian Hijau Beserah ini merupakan durian kampung premium yang telah didaftarkan dengan nombor pendaftaran D145.
Antara ciri durian ini adalah berbuah besar berbentuk bulat dengan warna hijau dan kulitnya sederhana tebal dan isinya berwarna kuning dengan tekstur yang halus dengan rasa lemak manis melekat.
Pokok yang ditanam di Kuantan ini mendapat permintaan tinggi dan dijual sehingga RM50 sekilogram.
5. Durian DAF1
Ditanam di Ulu Cheka Jerantut dengan asal benihnya daripada pokok yang telah lama tumbuh sebelum pembukaan kampung Ulu Cheka.
Durian ini merupakan yang pertama didaftar di Jerantut dengan kod D231 dan dikenali dengan durian DAF1.
Pada masa ini durian dimiliki Mohd Idafi Mohd Roseli ini mempunyai hanya 15 pokok yang berbuah dengan berat buah melebihi dua kilogram.
Keistimewaan durian ini yang sedap dimakan selepas 12 jam luruh adalah mampu bertahan selama empat hari dan buah tidak pecah dalam tempoh tersebut
6. Durian Puteri Merapoh
Durian ini berasal dari Merapoh di Lipis dimiliki Lut Yusuf, 42 yang mempunyai hanya satu pokok yang berbuah pada masa ini.
Rasanya yang dikatakan setanding dengan Black Thorn membuatkan ia mendapat permintaan tinggi dan perlu ditempah sehingga dua tahun lebih awal.
Rasanya pahit dan lembut seperti aiskrim dijual dengan harga RM35 sekilogram dan terus mendapat sambutan dengan penawaran harga yang meningkat.
7. Tupai King
Durian ini turut dikenali sebagai Tupai 226 dan kini semakin jarang didapati atau dijual di kawasan Balik Pulau dan Sungai Ara, George Town.
Tupai King pernah mengalahkan kehebatan duri hitam apabila varieti baharu ini pernah mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat raja buah beberapa tahun kebelakangan ini.
Durian ini dijual pada harga RM40 hingga RM100 sekilogram dengan mempunyai rasa lemak, manis dan pahit.
8. Black thorn
Durian ini lebih dikenali dengan panggilan duri hitam atau atau ochee. Raja buah yang dikategorikan sebagai super premium itu popular didapati di kawasan Balik Pulau iaitu daerah Barat Daya Pulau Pinang.
Duri hitam sering menjadi buruan golongan kenamaan termasuk ‘kaki durian’ terdiri daripada orang tempatan dan pelancong dari China serta Singapura.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source