Wanita tergamak buang bayi lelaki dibelakang rumah
MACHANG: Seorang wanita tergamak membuang bayi lelaki masih bertali pusat yang dilahirkannya di belakang rumah di Kampung Sungai Bedal, Temangan di sini sebelum melarikan diri ke rumah bapa angkatnya di Tanah Merah dekat sini semalam.
Wanita berusia dalam lingkungan 20-an yang masih bujang itu bertindak sedemikian kerana takut tembelangnya yang menyembunyikan kandungan selama ini pecah dan diketahui oleh keluarga angkatnya.
Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, siasatan mendapati, bayi itu dijumpai dalam keadaan masih bernyawa oleh seorang lelaki yang merupakan jiran wanita tersebut.
Menurutnya, lelaki itu kemudian terus menghubungi bapa angkat wanita itu yang berusia 68 tahun di Tanah Merah dan merupakan pemilik asal rumah tersebut.
“Warga emas itu curiga dengan tindakan anak angkatnya yang pulang ke Tanah Merah semalam. Dia juga mendapati wanita itu hanya baring di atas katil dengan memberi alasan darah haidnya banyak keluar.
“Selepas didesak oleh bapa angkat, wanita itu mengaku dia melahirkan bayi berkenaan dan meninggalkannya di belakang rumah,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Ahmad Shafiki memberitahu, bapa angkat wanita itu kemudian membuat laporan berhubung kejadian tersebut di Balai Polis Temangan di sini kira-kira pukul 10.45 pagi tadi.
Katanya, pegawai dan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum membawa bayi itu ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai untuk rawatan lanjut.
Katanya, polis sudah mengenal pasti wanita tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.-UTUSAN
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source